Pages

Sunday 9 December 2012

Maksud InsyaAllah atau In Shaa Allah

Sebelum ini saya berkongsi berkaitan maksud 'Astaghfirullah al'azim' LINK ...
Kali ini saya ingin berkongsi pula maksud dan penggunaan perkataan  إن شاء الله (In Shaa Allah) dalam penulisan Blog, Twitter, Facebook, SMS dan banyak lagi dalam dunia moden yang serba canggih ni.

Saya terpanggil menulis entry ini kerana saya ingin menjalankan tanggungjawab sebagai seorang Muslim yang cuba mengingatkan saudara-saudara se-Islam yang lain bahawa kita tidak pernah terlepas dari melakukan kesilapan.

Apa yang kita sedia maklum maksud  إن شاء الله adalah 'Dengan Izin Allah @ Jika Allah Mengkehendaki' adalah satu istilah yang sering digunakan berkaitan dengan janji atau dalam bahasa orang putih nya 'With God's Will '. Selalunya apabila kita berjanji, orang yang perlu menunaikan janji itu akan berkata  إن شاء الله bagi memberi faham kepada si penerima janji bahawa janji akan terjadi dengan keizinan Allah SWT.

Antara kisah Nabi ketika beberapa penduduk Mekkah datang kepada Nabi Muhammad SAW  bertanya tentang roh, kisah Ashabul Kahfi dan kisah Zulkarnain. Nabi menjawab, "Datanglah besok pagi kepadaku agar aku ceritakan." Keesokan harinya wahyu tidak datang menemui Nabi, sehingga Nabi gagal menjawab hal-hal yang ditanyakan. Tentu saja "kegagalan" ini menjadi cemohan kaum kafir.


Saat itulah turun ayat menegur Nabi

"Dan janganlah kamu mengatakan terhadap sesuatu: "Sesungguhnya aku akan mengerjakan itu besok pagi, kecuali (dengan menyebut): إن شاء الله . Dan ingatlah kepada Tuhan-Mu jika kamu lupa dan katakanlah "Mudah-mudahan Tuhanku akan memberiku petunjuk kepada yang lebih dekat kebenarannya daripada ini." (TMQ Surah Al-Kahfi 18:24)

Ini menunjukkan bahawa kita tidak tahu masa hadapan, apa yang berlaku kepada kita. Selain itu, ia juga menunjukkan bahawa manusia punya rencana, Allah punya kuasa. Dengan demikian, kata  إن شاء الله menunjukkan kerendahan hati seorang hamba sekaligus kesedaran akan kekuasaan Allah.

Tapi jangan pula kita guna  إن شاء الله untuk melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah SWT.

Saya tahu, semua kita sedar dan faham maksud  إن شاء الله . Apa yang ingin saya tekankan disini adalah tulisan rumi dalam penulisan, 'In Shaa Allah' atau 'InsyaAllah'. Kita tidak sepatutnya menulis 'InsyaAllah', 'InsyAllah' atau 'InshaAllah' kerana ia bermaksud 'Cipta/ Buat/ Wujudkan Allah'. Bunyi sama tapi punya maksud yang berbeza.
Astaghfirullah al-Azim...

 إن شاء الله haruslah ditulis dalam 3 perkataan rumi 'In Shaa Allah' yang membawa maksud 'Dengan Izin Allah'. Marilah kita sama-sama sebarkan kepada semua dan perbetulkan kesilapan yang sebelum ini kita pernah lakukan. In Shaa Allah...

Assalamualaikum...

4 comments:

  1. http://asyrafkhalib.blogspot.my/2014/01/ejaan-in-shaa-allah-insyaallah-atau.html

    Mohon baca tulisan ini untuk jawapan persoalan entry tuan ini

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum boleh sy tanya rujukan untuk kisah di atas..?

    ReplyDelete
  3. Terima kasih diatas perkongsian,memudhkn untuk disampaikn kpd sedara lain

    ReplyDelete
  4. Allah Hu Akbar aku baru mengetahuinya, disini aku baru faham selamani aku dah silap, astagfirullah al-Azim, terima kasih sudah buat satu penjelasan tentang sebutan "in Shaa Allah"

    ReplyDelete