Pesan ayahnda ''hormati tempat orang, jangan sekali-kali lupa daratan...Ingatlah kepada Allah''
Pages
Sunday, 24 June 2012
Totem Tantra Cina
PERTAMA
bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.
KEDUA
kahwinilah lelaki/wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan yang lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua.
KETIGA
usahlah mempercayai semua apa yang kamu dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada dan tidurlah seberapa lama yang anda perlu.
KEEMPAT
apabila kamu berkata, 'aku cinta padamu', maka tunaikalah.
KELIMA
apabila mengatakan, 'maaf', tenunglah matanya.
KEENAM
betunanglah sekurang- kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.
KETUJUH
percayailah cinta pandang pertama.
KELAPAN
usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa- apa.
KESEMBILAN
cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah- olah diri anda tersiksa, tapi percayalah, itulah satu- satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.
KESEPULUH
jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.
KESEBELAS
usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.
KEDUA BELAS
berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.
KETIGA BELAS
apabila seseorang bertanyakan sesuatu soalan yang anda tidak gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyakan kepadanya, 'kenapa anda ingin tahu?'.
KEEMPAT BELAS
ingatlah bahwa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.
KELIMA BELAS
ucaplah 'semoga anda diberkati' apabila mendengar seseorang bersalin.
KEENAM BELAS
apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.
KETUJUH BELAS
berpegang kepada tiga R:
*rasa hormat pada diri sendiri
*rasa hormat kepada orang lain
*rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda
KELAPAN BELAS
usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.
KESEMBILAN BELAS
apabila menyedari anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.
KEDUA PULUH
tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan melihatnya dari suara yang mereka dengar.
KEDUA PULUH SATU
ada ketikanya anda perlu bersendirian.........
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment