Pages

Sunday 9 December 2012

Maksud InsyaAllah atau In Shaa Allah

Sebelum ini saya berkongsi berkaitan maksud 'Astaghfirullah al'azim' LINK ...
Kali ini saya ingin berkongsi pula maksud dan penggunaan perkataan  إن شاء الله (In Shaa Allah) dalam penulisan Blog, Twitter, Facebook, SMS dan banyak lagi dalam dunia moden yang serba canggih ni.

Saya terpanggil menulis entry ini kerana saya ingin menjalankan tanggungjawab sebagai seorang Muslim yang cuba mengingatkan saudara-saudara se-Islam yang lain bahawa kita tidak pernah terlepas dari melakukan kesilapan.

Apa yang kita sedia maklum maksud  إن شاء الله adalah 'Dengan Izin Allah @ Jika Allah Mengkehendaki' adalah satu istilah yang sering digunakan berkaitan dengan janji atau dalam bahasa orang putih nya 'With God's Will '. Selalunya apabila kita berjanji, orang yang perlu menunaikan janji itu akan berkata  إن شاء الله bagi memberi faham kepada si penerima janji bahawa janji akan terjadi dengan keizinan Allah SWT.

Antara kisah Nabi ketika beberapa penduduk Mekkah datang kepada Nabi Muhammad SAW  bertanya tentang roh, kisah Ashabul Kahfi dan kisah Zulkarnain. Nabi menjawab, "Datanglah besok pagi kepadaku agar aku ceritakan." Keesokan harinya wahyu tidak datang menemui Nabi, sehingga Nabi gagal menjawab hal-hal yang ditanyakan. Tentu saja "kegagalan" ini menjadi cemohan kaum kafir.


Saat itulah turun ayat menegur Nabi

"Dan janganlah kamu mengatakan terhadap sesuatu: "Sesungguhnya aku akan mengerjakan itu besok pagi, kecuali (dengan menyebut): إن شاء الله . Dan ingatlah kepada Tuhan-Mu jika kamu lupa dan katakanlah "Mudah-mudahan Tuhanku akan memberiku petunjuk kepada yang lebih dekat kebenarannya daripada ini." (TMQ Surah Al-Kahfi 18:24)

Ini menunjukkan bahawa kita tidak tahu masa hadapan, apa yang berlaku kepada kita. Selain itu, ia juga menunjukkan bahawa manusia punya rencana, Allah punya kuasa. Dengan demikian, kata  إن شاء الله menunjukkan kerendahan hati seorang hamba sekaligus kesedaran akan kekuasaan Allah.

Tapi jangan pula kita guna  إن شاء الله untuk melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah SWT.

Saya tahu, semua kita sedar dan faham maksud  إن شاء الله . Apa yang ingin saya tekankan disini adalah tulisan rumi dalam penulisan, 'In Shaa Allah' atau 'InsyaAllah'. Kita tidak sepatutnya menulis 'InsyaAllah', 'InsyAllah' atau 'InshaAllah' kerana ia bermaksud 'Cipta/ Buat/ Wujudkan Allah'. Bunyi sama tapi punya maksud yang berbeza.
Astaghfirullah al-Azim...

 إن شاء الله haruslah ditulis dalam 3 perkataan rumi 'In Shaa Allah' yang membawa maksud 'Dengan Izin Allah'. Marilah kita sama-sama sebarkan kepada semua dan perbetulkan kesilapan yang sebelum ini kita pernah lakukan. In Shaa Allah...

Assalamualaikum...

Sunday 24 June 2012

Totem Tantra Cina



PERTAMA

bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.

KEDUA
kahwinilah lelaki/wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan yang lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua.

KETIGA
usahlah mempercayai semua apa yang kamu dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada dan tidurlah seberapa lama yang anda perlu.

KEEMPAT
apabila kamu berkata, 'aku cinta padamu', maka tunaikalah.

KELIMA

apabila mengatakan, 'maaf', tenunglah matanya.

KEENAM
betunanglah sekurang- kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.

KETUJUH
percayailah cinta pandang pertama.

KELAPAN
usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa- apa.

KESEMBILAN
cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah- olah diri anda tersiksa, tapi percayalah, itulah satu- satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.

KESEPULUH
jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.

KESEBELAS

usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.

KEDUA BELAS
berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.

KETIGA BELAS

apabila seseorang bertanyakan sesuatu soalan yang anda tidak gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyakan kepadanya, 'kenapa anda ingin tahu?'.

KEEMPAT BELAS
ingatlah bahwa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.

KELIMA BELAS

ucaplah 'semoga anda diberkati' apabila mendengar seseorang bersalin.

KEENAM BELAS

apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.

KETUJUH BELAS
berpegang kepada tiga R:
*rasa hormat pada diri sendiri
*rasa hormat kepada orang lain
*rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda


KELAPAN BELAS

usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.

KESEMBILAN BELAS

apabila menyedari anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.

KEDUA PULUH

tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan melihatnya dari suara yang mereka dengar.

KEDUA PULUH SATU
ada ketikanya anda perlu bersendirian.........

Thursday 14 June 2012

Astaghfirullah al'azim... (Maksud Istighfar)

Astaghfirullah al-Azimtenang jiwa aku mendengarnya...tetapi apakah kita tahu apa maksud disebalik Istighfar tersebut? Mari kita sama-sama menyelami maksud nya...


“Barang siapa memperbanyak istighfar, maka akan diberi kelapangan dalam setiap kesusahan dan jalan keluar dari kesempitan. Dan dianugerahi rezeki dari jalan yang tiada disangka-sangka.” (HR. Abu Dawud dan Nasa’i).

“Sungguh hatiku didera kerinduan yang sangat dalam, sehingga akuberistighfar seratus kali setiap hari.” (HR. Muslim).

"Meski dosa-dosamu sebanyak buih lautan, sebanyak butir pasir di padang pasir, sebanyak daun di seluruh pepohonan, atau seluruh bialangan jagad semesta, Allah SWT tetap akan selalu mengampuni, bila engkau mengucapkan doa sebanyak tiga kali sebelum engkau tidur:

 Astaghfirullahal ‘Adzim al-Ladzii Laailaaha Illa Huwal Hayyul Qayyuumu wa Atuubu Ilaih. (Aku memohon ampunan kepada Allah Yang Maha Agung, tiada Tuhan selain Dia Yang Maha Hidup dan Memelihara (kehidupan), dan aku bertobat kepada-Nya).” (HR. at-Tirmidzi). 


Terjemahan Istighfar: “Aku mohon ampunan kepada Allah Yang Maha Agung”Yang pertama, setiap kali kita mengucapkan astagfirullahal ‘adzim, berarti kita minta ampun kepada Allah, minta dimaafkan kesalahan kita, minta ditutupi aib-aib kita. Semakin sering kita beristighfar maka semakin bersih diri kita dari dosa, dari kesalahan, dari aib-aib. Karena itu Allah sangat menyukai hamba Allah yang terus beristighfar. Karena tidak satu pun di antara kita yang bersih dari dosa, maka istighfar adalah kewajiban dan keperluan kita, agar Allah mengampuni dosa kita, memaafkan kesalahan kita dan menutupi aib kita.Yang kedua, setiap kali kita mengucapkan astagfirullahal ‘adzim, bererti kita minta kepada Allah, mohon kepada Allah, amat sangat, agar Allah memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk, menjadikan akhlaq kita mulia.Justru pembelaan Nabi Muhammad SAW itulah yang memberikan kemenangan padanya, syafa’at besar yang bisa menyelamatkan umat dari siksa Allah SAW. 

Oleh sebab itu, Islam mengajarkan agar dalam permohonan ampunan, juga menyertakan permohonan ampunan untuk sesama umat. Misalnya, Istighfar yang berbunyi:Astaghfurullahal ‘adzim, lii waliwaalidayya, walijami’il huquuqi waajibati ‘alayya, walijami’il muslimin wal-muslimaat wal-mu’minin wal mu’minaat al-ahyaa’I minhum wal-amwaat.(Aku mohon ampunan kepada Allah Yang Maha Agung, bagiku dan bagi kedua orang tuaku, dan bagi seluruh orang yang menjadi tanggungan kewajibanku, dan bagi umat muslimin dan muslimat, dan kaum mu’minin dan mu’minat).

Astagfirullahal ‘adzim, ampunilah dosa kami ya Allah.. tutupi aib kami…. betapa selama ini kami mudah tergelincir dalam dosa namun tak bersegera memohon ampun kepada-Mu. Amin!

Sekian saja untuk kali ini...In shaa Allah, aku akan cuba belajar dan mendalami Islam...Kerna Islam itu Indah...

Wassalam....


Friday 8 June 2012

LOKASI PERNIAGAAN PASAR MALAM DI PULAU PINANG


Memandangkan aku seorang perantau luar dari kawasan Pulau Pinang, aku suka nak berkongsi tempat-tempat yang boleh dikunjungi pada waktu malam seperti pasar malam. Pasar malam di sini menghidangkan berbagai jenis jualan dari makanan hingga ke pakaian. Jika sahabat sekalian baru pertama kali berada di Pulau Pinang, berkunjunglah ke pasar malam.. In shaa Allah, berbaloi-baloi..Semoga blog ini boleh membantu sahabat sekalian untuk menyemak hari dan lokasi perniagaan pasar Malam seluruh Pulau Pinang.

AHAD
TAPAK PESTA
BALIK PULAU
BATU MAUNG

ISNIN
TELOK BAHANG
BUKIT GEDUNG

SELASA
KAMPUNG JAWA
NUSANTARA
TELOK KUMBAR
SUNGAI TIRAM

RABU
SUNGAI TIRAM (BARU BUKA) ANJURAN BERSAMA PPPMPP & JKKK SG TIRAM
TAMAN TUN SADON
PANTAI JERJAK
BALIK PULAU

KHAMIS
MAHSURI
AIR ITAM

JUMAAT
SUNGAI ARA
PERMATANG DAMAR LAUT

SABTU
BAYAN LEPAS
SUNGAI DUA
TANJUNG TOKONG

Berbelanjalah dengan berhemah..dan selamat bergembira..

Wassalam...

QWERTY aku dan Blog

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca-pembaca blogger..aku masih baru dalam dunia blogger walaupun sudah berkecimpung dalam dunia internet sejak di bangku sekolah menengah lagi. Aku masih ingat pertama kali berjinak-jinak dengan mesin bernama komputer. Aku di ajak oleh seorang teman untuk singgah di sebuah Cafe Cyber untuk bermain permainan video yang pada ketika itu sangat popular antara nya Counter Strike, Fifa Football, Sim, Battle Realm, Command and Conquer - Red Alert, Need for Speed, Warcraft, Starcraft dan banyak lagi...
Ringkas mengenai diri seorang aku...aku dibesarkan dari keluarga miskin. Makanan kegemaran sewaktu kecil ku hanya pucuk ubi dan paku pakis..aku tidak kenal apa itu KFC, McD dan Pizza.. aku dilahirkan di salah satu pekan di bahagian Baram iaitu Marudi...
Aku melalui sejarah-sejarah hidup ku dengan penuh serba kekurangan dan aku bersyukur sekarang aku sudah boleh  membuatkan bonda dan ayahnda ku sedikit berbangga..

Sekian saja untuk kali ini...In shaa Allah akan ku kemaskini blog ini untuk tatapan dan renungan kita bersama..

Wassalam...